oleh
Akif mengajak Farhan untuk menyertainya melawat Pura Tanjung Kubur, sebuah istana terbiar lebih 200 tahun yang lalu. Mentah-mentah, Farhan menolak. Dia tidak berminat. Farhan mahu menebus kembali waktu bersama ibunya.
Sengaja, Puan Sofia mengajak Encik Halim balik ke kampung melawat nenek. Gembira Akif bukan kepalang apabila Farhan bukan sahaja pulang bersama ibu bapa tetapi juga bersama Muiz, Zamir dan Alif.
Keterujaan lima remaja itu mati apabila pertama kali menjejakkan kaki ke Pura Tanjung Kubur, pergerakan mereka terasa diperhati. Namun, masing-masing yang berjiwa kental, mengunci mulut lagak berani.
Sejak itu, sesuatu yang tidak kena selalu berlaku. Seolah-olah, ada ‘pantang’ yang telah dilanggar.