Turath - Melangkah selepas Patah: Seni Berdamai dengan Kehilangan (2026)
oleh
Ibnu Nasiruddin Al-Dimasyqi
Setiap manusia pasti akan berasa kehilangan. Apalah erti kehilangan ini jika pada saat itu kita banyak pula menemukan.
Pada waktu yang terus berjalan, yang tetap menuntut kita melepaskan persoalan yang terpaku pada detik yang lalu. Kita tidak akan pernah berpeluang kembali ke masa silam hanya untuk menuntut sebuah jawaban.
Hakikatnya, tidak semua beruntung memahami sebab dan akibat atas setiap takdir yang menimpa mereka. Tuhan menjawab persoalan hidup dengan cara-Nya yang tersendiri, dengan cara yang jauh dari bayangan logik dan akal fikiran manusia.
Ketika kita mula memberontak mempertanyakan arah kehidupan, yakinlah bahawa takdir tidak pernah tersilap langkah. Bahkan, sehelai daun yang gugur tidak pernah terlalu awal mahupun terlewat sesaat. Sedemikian jugalah aturan hidup kita.
Buku ini mengajak kita mempercayai takdir-Nya. Akankah kita mampu bersabar menanti jawaban dari-Nya? Tetaplah melangkah walau patah, kerana tidak ada yang sia-sia dalam hitungan Allah.
“Bacaan wajib bagi sesiapa yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah dunia Islam.”
- (San Francisco Chronicle)
Di Barat, kita berkongsi satu naratif umum tentang sejarah dunia. Namun begitu, naratif itu sebahagian besarnya mengabaikan sebuah tamadun besar yang selama seribu tahun mempunyai naratifnya yang sama sekali berbeza, iaitu sebagaimana dunia Islam melihat sejarahnya sendiri, sejak zaman Nabi Muhammad SAW hingga ke kejatuhan Empayar Uthmaniyah, seterusnya kepada peristiwa 11 September dan sesudahnya.
Dalam Buku ini, Tamim Ansary mengisahkan sejarah dunia yang luas dan kaya dari sudut pandang dunia Islam. Beliau menjelaskan mengapa kedua-dua tamadun ini membesar tanpa benar-benar menyedari antara satu sama lain, apakah yang berlaku apabila kedua-duanya akhirnya bertembung, dan bagaimana dunia Islam terkesan apabila sedikit demi sedikit menyedari bahawa Eropah, sebuah wilayah yang sekian lama dianggap primitif dan tidak tersusun, entah bagaimana telah merampas haluan takdir.
Dengan empati yang seimbang terhadap perspektif Muslim dan Barat, Peradaban Dunia Dari Kaca Mata Islam (Destiny Disrupted) menawarkan sudut pandang yang segar dan penting tentang konflik dunia yang selama ini kita sangka telah kita fahami.
Hey, how are you feeling?
Don't be ashamed of the feelings you have inside of you. Those tears look pretty on you too. It makes you see things clearer from a different point of view.
Don't be scared to look so blue; even the ocean has the same color, and its waves are still crashing so proudly into the cliff-and you should be proud of yourself too.
As long as you breathe, you will feel so many things. Because since the day you were born, you survived because you're able to feel.
This book will remind you about the strength that you were born with. This book will remind you about the love and kindness that grows inside your heart. Let us dive into your mixed feelings, and may the words within this book ease your heavy heart.
This book is your safe space.
This book will accept you exactly as you are.
Dear, you,
welcome home.
Ramai orang berfikir bahawa marketing cuma tentang iklan yang cantik, kandungan yang viral atau mengejar algoritma. Sebenarnya, marketing yang berkesan bermula dengan memahami cara sesebuah bisnes menjana keuntungan, apa yang pelanggan perlukan dan sebab mereka memilih satu jenama berbanding jenama lain.
The Smart Marketing Book menghimpunkan prinsip klasik dan pemikiran pemasaran terkini dalam panduan yang ringkas, visual dan mudah digunakan. Dan White membawa anda daripada strategi jenama, pengalaman pelanggan dan inovasi kepada pemilihan media, promosi jualan, penggunaan data serta perancangan pertumbuhan.
Sama ada anda pelajar, marketer baharu, content creator atau pemilik bisnes, buku ini membantu anda melihat gambaran besar dan membuat keputusan yang lebih tepat. Berhenti meneka. Mulakan terus untuk membuat keputusan marketing dengan lebih yakin.
Setiap hari, orang melihat ratusan iklan dan melupakan hampir semuanya. Iklan yang cantik belum tentu berkesan. Viral pun belum tentu mengembangkan jenama.
The Smart Advertising Book menunjukkan cara menghasilkan iklan yang bukan sekadar menarik perhatian tetapi turut kekal dalam ingatan, mendorong orang membeli dan berpotensi memberikan pulangan. Dan White membimbing anda memilih media, menetapkan bajet, menentukan masa serta sasaran dan menggabungkan iklan berbayar dengan saluran milik sendiri serta sokongan organik. Anda juga akan meneroka kuasa storytelling, jenaka, selebriti, influencer, aset jenama, visual statik dan video.
Daripada idea pertama hingga pengukuran impak, setiap bahagian dipenuhi kerangka, contoh dan visual yang memudahkan perkara rumit. Sesuai untuk pemasar, usahawan dan pencipta kandungan yang mahu berhenti menghasilkan iklan sekadar untuk dilihat. Cipta iklan yang melekat dalam fikiran dan membawa jenama lebih jauh.
Media sosial gemar menayangkan sisi indah menjadi usahawan: bebas, fleksibel dan sentiasa menang. Realitinya jauh lebih rumit. Membina bisnes menuntut tujuan yang jelas, nilai yang kukuh dan ketahanan ketika segalanya tidak menjadi.
Kebanyakan buku mengajar cara menulis pelan bisnes, mendapatkan pelaburan atau memenangi pelanggan. The Entrepreneur’s Book memilih soalan yang lebih asas: Mengapa anda mahu bermula dan mengapa anda perlu terus bertahan?
Berbekalkan pengalaman sebagai CEO, pengalaman bangkit selepas strok dan pertemuannya dengan pelbagai manusia ketika menjadi kedi golf, Neil Francis meneroka kepercayaan, tujuan, kasih sayang, moral, kegagalan, kesunyian, dorongan serta ketabahan.
Buku ini tidak menjual jalan pintas. Ia membantu anda membina kompas dalaman sebelum tekanan, kejayaan atau wang menarik anda keluar daripada haluan. Untuk usahawan muda, pekerja bebas dan sesiapa yang mahu membina sesuatu yang benar-benar bermakna.
Anda boleh mempunyai idea terbaik. Namun, jika cara anda menyampaikannya tidak meyakinkan, idea itu mungkin mati di situ.
Pengaruh bukan tentang bercakap paling kuat atau memaksa orang bersetuju. Ia tentang memahami diri, membaca orang lain dan membina kepercayaan. Melalui kecerdasan emosi, gaya komunikasi, soalan yang tepat, cara mendengar dengan empati dan penceritaan, Nicole Soames menunjukkan cara menjadikan mesej anda lebih jelas serta sukar diabaikan.
Daripada temu duga dan pembentangan idea kepada perbincangan dengan klien, rakan sepasukan atau keluarga, The Influence Book membekalkan latihan dan teknik yang boleh terus digunakan. Anda akan belajar mengendalikan bantahan, mengawal aliran perbualan dan menutup perbincangan dengan yakin.
Bukan untuk memanipulasi orang. Buku ini membantu anda mencipta situasi yang membuatkan mereka mahu berkata ya.
Gaji masuk. Bil menyusul. Masa depan pula terasa semakin mahal. Namun, kesejahteraan kewangan bukan sekadar mempunyai banyak wang. Ia bermaksud anda mempunyai kawalan, pilihan dan ketenangan untuk menjalani hidup mengikut nilai anda sendiri.
The Financial Wellbeing Book bermula dengan soalan yang sering kita elak, iaitu apakah kehidupan yang benar-benar anda inginkan? Chris Budd kemudian membantu anda menetapkan matlamat, membina pelan yang realistik, mengurus kewangan harian, bersedia menghadapi kejutan kewangan dan membuat keputusan tentang simpanan, pelaburan serta risiko.
Ini bukan janji cepat kaya atau formula yang sama untuk semua orang. Buku ini mengajar anda menggunakan wang sebagai alat untuk membina kehidupan, bukan menjadikan hidup sebagai perlumbaan mengumpul wang. Jika anda mahu berhenti cemas setiap kali memikirkan masa depan, inilah langkah pertama menuju hubungan yang lebih sihat dengan wang.
Imam al-Ghazali pernah membawa dirinya jauh dalam kesunyian. Krisis keraguan yang menghantuinya menghambat segala pangkat, kekayaan dan kemasyhuran dari kehidupan Imam al-Ghazali sehingga beliau akhirnya menjalani kehidupan yang sangat sederhana. Tempoh pencarian itu menelan 10 tahun lamanya.
Daripada pengalaman ini, beliau menuntaskan Ihya’ Ulumuddin. Keikhlasan beliau dapat dirasai dalam segenap perbincangan. Kusangka Pahala Rupanya Dosa adalah terjemahan daripada bab Zam al-Ghurur, melondehkan segala tipu daya dalam kalangan ilmuwan, ahli ibadah, sufi dan hartawan.
Suatu ketika, beliau pernah memiliki segalanya, sebab itulah mengapa tulisan ini dapat mendedahkan sehalus-halusnya ruang tipu daya walaupun dibungkus dengan sebaik-baik kain ibadah.
Alina dan Byung secara rasmi telah sah menjadi pasangan dan juga pemilik baru Meow Cafe. Bukan mudah mahu menguruskan perniagaan tanpa ilmu dan pengalaman. Namun, dengan kesungguhan dan kecekalan, mereka berdua tekad belajar dan bermula dari bawah. Meow Cafe bukan sekadar kafe biasa. Di sini mereka ditemukan dengan bermacam-macam jenis orang dengan ragam dan tingkah yang pastinya semakin mendewasakan mereka tentang makna kehidupan.
Terbaik dalam buku ini:
- Himpunan komik menarik dan terbaik karya Ain Lavendra di Komik-M. 100% berwarna!
- Bonus: Tip dan panduan berkomik gaya Ain Lavendra
- Bonus: Koleksi lakaran dan ilustrasi terpilih Ain Lavendra
Demi memenuhi kehendak ibu bapanya, Adha terpaksa meninggalkan Malyra dan berpindah ke Historia-sebuah keputusan yang bakal mengubah seluruh hidupnya.
Namun, pada hari lahir ibunya, wanita yang bertugas sebagai kurator MAHARA itu ditangkap atas tuduhan berkonspirasi mencuri manuskrip berharga, Epik Historia.
Walaupun hubungan mereka tidak erat, Adha yakin ibunya tidak bersalah. Berpandukan petunjuk misteri yang ditinggalkan ibu, Adha kini kesuntukan masa untuk membongkar kebenaran sebelum segala-galanya terlambat.
Tradisi mengarang surat nasihat kepada sahabat menjadi salah satu kebiasaan para ulama zaman dahulu. Imam al-Ghazali, misalnya, menulis karya monumentalnya Ayyuhal Walad ketika seorang murid meminta diberikan nasihat.
Begitu juga dengan Ibnu Qayyim yang mengarang untuk seseorang yang bernama 'Ala ad-Din.
Walaupun tidak dijumpai dalam riwayat mengenai siapa sebenarnya 'Ala ad-Din ini, namun tulisan ini kekal membekas pada pembaca selama berabad lamanya. Seringkali tradisi menulis karya sebegini menjadi barakah yang lebih besar dari tujuan asalnya.
Karya ini adalah rantaian nasihat keagamaan yang lebih bersifat peribadi. Selamat membaca.
Tafsir Juzuk ‘Amma adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Juzuk ‘Amma ini menumpukan penafsiran HAMKA bagi surah-surah pendek yang terkumpul dalam Juzuk ke-30 Al-Quran yang seringkali kita baca.
Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Professor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nageri Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MIU), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawwuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.
Tafsir Surah Al-Mulk dan Juzuk 29 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Mulk dan Juzuk 29 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 29, iaitu:
- Surah Al-Mulk
- Surah Al-Qalam
- Surah Al-Haqqah
- Surah Al-Ma’arij
- Surah Nuh
- Surah Al-Jin
- Surah Al-Muzammil
- Surah Al-Muddaththir
- Surah Al-Qiyamah
- Surah Al-Insan
- Surah Al-Mursalat
Tafsir Surah Luqman, As-Sajdah dan Juzuk 21 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Luqman, As-Sajdah dan Juzuk 21 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai surah yang terdapat dalam juzuk 21, iaitu Lanjutan Surah Al-Ankabut, Ar-Rum, Luqman, As-Sajdah dan Al-Ahzab. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Professor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nageri Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MIU), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawwuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.
Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Kahfi dan Juzuk 15 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai Surah Al-Kahfi dan surah lain dalam juzuk 15. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Professor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nageri Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MIU), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawwuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 adalah sebahagian daripada Tafsir Al-Azhar. Ia adalah hasil karya terbesar ulama agung nusantara iaitu Profesor Dr. Haji Abdul Malik Karim Amrullah ataupun lebih dikenali sebagai HAMKA. HAMKA menggunakan beberapa metode dalam penyusunan tafsir ini antaranya adalah metode tahlili (analisis), tafsir Al-Quran dengan Al-Quran, Tafsir Al-Quran dengan hadith, tafsir Al-Quran dengan pendapat sahabat dan tabi’in, dan tafsir Al-Quran dengan tafsir muktabar yang lain. Di samping itu, beliau juga mentafsirkan Al-Quran dengan menggunakan syair dan menganalisis dengan kemampuan sendiri melalui pendekatan meraikan kepelbagaian mazhab.
Tafsir Surah Al-Fatihah dan Juzuk 1 ini menumpukan kepada perbincangan HAMKA mengenai asal usul kewujudan Tafsir Al-Azhar yang menjadi karya teragung beliau. Selain itu ia adalah tafsir Al-Quran berkaitan surah Al-fatihah dan Juzuk 1 iaitu sebahagian daripada surah Al-Baqarah. Kelebihan pentafsiran Al-Quran oleh HAMKA kerana beliau menitikberatkan penjelasan ayat-ayat Al-Quran dengan ungkapan yang teliti, menjelaskan makna-makna yang dimaksudkan dengan bahasa yang indah dan menarik serta menghubungkan ayat dengan realiti sosiobudaya masyarakat nusantara. Ia turut diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi.
Professor Dr. Haji Abdul Karim Amrullah atau HAMKA lahir di Nageri Sungai Batang, Tanjung Raya, Kabupaten Agam, Sumatera Barat pada 17 Februari 1908. Beliau adalah seorang ulama dan sasterawan besar nusantara, khususnya di Indonesia. Beliau menjawat jawatan Presiden Majelis Ulama Indonesia (MIU), sebelum terjun dalam bidang politik. Antara karya beliau yang terbesar adalah Tenggelamya Kapal Van Der Wijck, Di Bawah Lindungan Kaabah, Tasawwuf Moden, Sejarah Umat Islam, dan Tafsir Al-Azhar. Beliau meninggal dunia di Jakarta pada 24 Julai 1981 ketika berusia 73 tahun, dan telah dinobatkan sebagai Pahlawan Nasional Indonesia.
Sayup-sayup di luar khemah, dia terdengar bunyi rantai. Johan merangkak ke dinding, cuba mengamati suara itu. Tidak begitu jelas. Dia bertindak menggunting dinding khemah. Di balik lubang itu dia mengintai keluar. Mujur juga ada bantuan cahaya bulan, jadi kawasan sekitar tidaklah begitu gelap. Dari situ dia boleh nampak hutan di hujung sana dan sesuatu bergerak-gerak dari celahan pokok-pokok yang serba tinggi.
Terus terbelalak mata Johan. Dia telah melihat sesuatu yang tidak sepatutnya dia lihat.
Apa benda itu? Dia tidak salah tengok, bukan? Berulang kali soalan itu ditanya kepada dirinya sendiri. Dia tidak percaya apa yang muncul di hadapan matanya. Bayang yang luar biasa besar sedang berjalan-jalan jauh dari kawasan kem. Makhluk apa setinggi pokok balak? Mana ada makhluk dalam Malaysia setinggi itu!
Walaupun berasa gerun dan takut, Johan tetap memerhati gerak-geri ‘benda’ itu dari dalam khemah. Dia tak dapat mengelak rasa ingin tahunya sendiri.
Cing! Cing! Cing!
Bunyi besi rantai berlaga terdengar dari jauh. Johan cuba fokus. Makhluk tinggi itu seperti sedang menarik sesuatu masuk ke dalam hutan. Kalau diperhatikan, nampak seperti guni-guni yang diikat pada rantai dan diseret secara perlahan. Setiap guni itu pula bergerak-gerak secara kasar seperti meronta. Terus terangkat bulu roma Johan. Bagaimana kalau guni itu manusia?
* * * * *
Tiga kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Turath - Kisah-Kisah Manusia Genius, dari Kisah Para Nabi hingga Anak Kecil (2026)
oleh
Ibnu al-Jauzi
Imam Ibnu al-Jauzi menghimpunkan kisah-kisah manusia genius bermula dari para nabi sehingga wanita dan anak-anak kecil. Wacana tentang kebijaksanaan telah bermain-main dalam pembacaan masyarakat Islam ketika dunia Barat sedang mulai bergelut memecahkan kebekuan Zaman Gelap. Imam Ibnu al-Jauzi berjaya mengabadikan catatan-catatan kebijaksanaan yang tumbuh dari celah-celah lorong kecil di pasar sehingga di ruang istana.
Penulisan ini mengangkat asabiyyah sebagai nadi kepada kelangsungan sesebuah tamadun, memurnikan salah faham
yang sering melabelnya sebagai sentimen negatif. Menurut Ibnu Khaldun, asabiyyah yang berpaksikan fitrah dan nilai positif merupakan daya penggerak utama dalam Lima Fasa Kitaran Dinasti. Tamadun bermula dengan asabiyyah yang sangat kuat melalui solidariti kelompok untuk mencapai kejayaan.
Walau bagaimanapun, apabila sesebuah kuasa beralih kepada kemewahan dan pembaziran, semangat asabiyyah akan melemah, mereput, dan akhirnya lenyap, sekali gus membawa kepada keruntuhan tamadun tersebut.
Kejatuhan ini membuka ruang kepada kelompok baharu yang memiliki asabiyyah lebih segar untuk mengambil alih dan memulakan semula kitaran kemajuan.
Turath - Wahai Tuhanku, Apakah Engkau Menerima Taubatku (2026)
oleh
Imam al-Ghazali, Iman Al-Harith Al-Muhasibi, Ibn Taymiyyah
Tersebar sebuah paradoks yang dilaungkan oleh Syams-i Tabrizi,
“Sebahagian manusia menemukan Tuhan di kedalaman dosanya, sementara, sebahagian yang lain kehilangan Tuhan di puncak kenikmatannya.”
Bait-bait kata yang dijahit Syams-i Tabrizi ini menyentap inti dalam segenap hubungan hamba bersama Tuhannya sehingga menimbulkan persoalan, “Siapa yang bertemu dengan Tuhan di tengah kemaksiatan?” “Bukankah Tuhan itu memurkai maksiat?”
Itulah persoalan yang akan dikupas melalui karya yang menghimpunkan perspektif taubat daripada tiga penulis lagenda Islam iaitu Imam al-Harith al-Muhasibi, Imam al-Ghazali dan Imam Ibnu Taimiyyah.
Permasalahan taubat itu digali sehingga ke akar-akarnya. Mengapa manusia masih berputus asa dengan dosa, sedangkan Tuhan sendiri menanti manusia kembali kepada-Nya? Karya ini menemukan rahsia di sebalik paradoks.
Kisah ini datang nun dari jauh, dari Bumi Agïa. Kisah ini kisah yang panjang. Kisah ini kisah cinta.
“Sungguh, hati itu yang paling sukar untuk diperintah.” – Firus
Firus, Raja Ophir ke-44 berhasrat untuk turun daripada takhta Tanah Kayang. Demi kelangsungan sebuah kerajaan yang berdaulat, Puteri Alanah dipersiapkan di bawah bimbingan Firus. Untuk Ophir, Alanah menerima titah itu meski tanpa rela. Yang mengikat mereka berdua bukan tanggungjawab semata-mata. Mereka punya sejarah yang sama.
“Menerima pusaka ini bererti menyanggupi pemergian kalian bersama kematian.” – Alanah
Atas ketentuan tak terduga, Alanah dipertemukan takdir dengan Kama, lelaki bermata biru yang menyimpan satu rahsia. Tentang dendam. Tentang kesetiaan. Tentang cinta.
“Tak mungkin ada nama lain sesempurna Bidadari untuk perempuan seperti dia.” – Kama
Dari Tanah Orkala di seberang sana, armada bahtera hitam berlayar tiga sedang menongkah Laut Cehipa. Raja Gehara, sang penguasa Empayar Orkal mahu melunaskan janji untuk menakluki semula Bumi Agïa. Demi Orkal, Empayar harus bangkit kembali.
“Ophir itu dendam kita, luar dan dalam.” – Gehara
Kota Ophir menjadi medan perjuangan. Untuk cinta tak terucapkan. Untuk kesumat yang belum ditebus. Untuk janji yang ditunggu.
Lalu, bagaimana pengakhirannya nanti?
“Siapa di sana?”
“Nama saya… Aki. Saya datang dari tempat yang sangat jauh.”
Selepas kehilangan kakaknya, Liora mula meragui kemampuannya untuk memikul tanggungjawab sebagai puteri mahkota baharu Kerajaan Kucing. Segalanya berubah apabila sebuah telefon antik menemukan dirinya dengan Aki, seorang lelaki misteri yang turut berkongsi luka yang sama, iaitu kehilangan. Liora kehilangan tempat untuk bergantung, manakala Aki pula kehilangan ingatan tentang dirinya sendiri.
Dalam usahanya mencari jawapan tentang kehilangan kakaknya, Liora tanpa sengaja melangkah ke dunia manusia, sebuah tempat yang menyimpan lebih banyak rahsia daripada yang disangkanya. Di sana, dia bertemu semula dengan Aki yang turut terperangkap antara dua dunia.
Bersama Rena dan San, mereka berusaha mencari jalan pulang ke dunia masing-masing. Namun, apabila rahsia di sebalik kehilangan Puteri Lysa akhirnya terbongkar, Liora menyedari bahawa tidak semua yang hilang mampu kembali, dan ada perpisahan yang perlu diterima dengan hati yang rela melepaskan apabila tiba waktunya.
Segalanya bermula di Aelyria, sebuah perpustakaan yang menawarkan kelas penulisan percuma. Kerana minatnya terhadap dunia penulisan, Yuna Jasmine menyertai Tinta Aksara tanpa banyak soal. Tambahan pula, kelas itu dikendalikan oleh penulis terkenal, Laura Elyssa.
Namun, sejak menghadiri kelas itu, Yara Daisy mula merasakan Jasmine seolah-olah menyembunyikan sesuatu. Sehinggalah pada suatu malam, Jasmine terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa dan meninggalkan Daisy buat selama-lamanya. Dihantui rasa bersalah, Daisy nekad mendaftar dalam kelas Tinta Aksara demi meneruskan impian arwah kakaknya. Tanpa disedari, tempat itu sebenarnya ada kaitannya dengan kematian Jasmine.
Pada pandangan orang ramai, Aelyria hanyalah sebuah perpustakaan biasa. Namun di sebaliknya, tersembunyi rahsia yang hanya diketahui oleh segelintir individu. Apakah sebenarnya yang berlaku di Aelyria? Mampukah Daisy menemui kebenaran di sebalik semua ini?
Lima sahabat bertemu semula setelah sekian lama. Namun, duka lama yang terpendam memaksa Mylo mula menjauh. Pengakuan, perbalahan, dan akhirnya keikhlasan lebih mudah mengungkapkan kata maaf daripada membiarkan ego memecahbelahkan ikatan persahabatan.
Mylo, Raine, Aloy, Aki dan Oliver kini kembali bersama, namun bukan lagi sebagai Shiver Me Timbre. Nama itu sudah terkubur bersama memori hitam. Dalam kembara mereka untuk lahir semula dengan nama kumpulan baharu, Mylo berhadapan dengan pelbagai rintangan demi mendapatkan tempat di sebuah pentas agar mereka dapat bertemu semula dengan para peminat yang sekian lama merindui mereka.
Ujian sebenar sebagai pemuzik pentas semakin sukar, terutama buat Mylo. Mampukah dia menghadapi semuanya dengan sepenuh kekuatan?
Laluan Pedagang Kesuma ditimpa bala. Takhta Tanjagara kini dipikul oleh balu raja. Raniah percaya yang kekayaan daripada laluan pedagang itu tidak seharusnya mengalir bersama darah suaminya. Sejak peralihan kuasa itu, Laluan Pedagang Kesuma ditutup, buat selama-lamanya.
Almira, Srikandi Laluan Pedagang Kesuma, terus melindungi kafilah dagang dan laluan itu daripada segala bentuk serangan. Tiga belas tahun telah berlalu, namun yang terus berulang hanyalah kehancuran dan kematian. Musuh durjana menagih kuasa, manakala bayang-bayang bergerak atas nama takhta, mengancam Almira dari segenap arah. Rais, Putera Mahkota Tanjagara, terikat dengan sumpah keluarga dan syarat bondanya. Peranannya sebagai pemain catur siasah negara kini berada di ambang bahaya.
Dalam kegelapan penubuhan gagasan, di sebalik api perjuangan, takdir srikandi dan putera mahkota bersilang. Cinta yang terhalang perlahan-lahan menjadi terlarang. Musibah yang tidak diundang kian bertapak di Laluan Pedagang Kesuma. Hari Belah Hati tidak mustahil akan berulang. Mampukah Almira terus melindungi Laluan Pedagang Kesuma daripada petaka? Dapatkah Rais dan sekutunya menewaskan musuh siasah mereka?
"Semoga Imran dapat mendekatkan semua generasi masyarakat dengan zakat secara santai, mudah difahami, dan menjadi inspirasi untuk bersama membantu ummah."
- HAJI MOHD SABIRIN BIN MOHD SARBINI
Setiausaha Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)
Mantan CEO Lembaga Zakat Selangor
Di sebalik sifat pendiam dan sentiasa berada dalam dunia lukisannya sendiri, Anasya sering dianggap pelik oleh orang di sekeliling.
Namun, hidupnya mula berubah apabila dia bertemu dengan Tulip, seekor pari-pari kecil yang riuh dan ceria. Sedikit demi sedikit, Tulip membantu Anasya berubah menjadi lebih yakin dan berani.
Namun, beberapa insiden yang terjadi menyebabkan persahabatan mereka mula teruji. Mampukah Anasya dan Tulip mengharungi dan mengatasi semua cabaran yang hadir?
知己知彼,百战不殆
Zhī jǐ zhī bǐ, bǎi zhàn bù dài
“Kenali diri sendiri dan kenali pihak lain, maka anda tidak akan kalah dalam seratus pertempuran”
Masyarakat Cina umumnya dikenali sebagai bangsa yang mahir berniaga. Kepakaran mereka dalam membangunkan perniagaan meletakkan mereka sebagai pemain utama dalam perdagangan antarabangsa dan antara pengaruh besar kepada ekonomi dunia.
Buku ini membongkar rahsia mindset masyarakat Cina yang membentuk cara mereka membina networking, berkomunikasi dan berurus niaga. Daripada konsep Guānxì yang menjadi asas kepercayaan, Miànzi yang menjaga maruah dan status, hinggalah prinsip Rénqíng yang mementingkan kesantunan dan timbal balik dalam hubungan profesional.
Antara perkara utama yang akan anda pelajari termasuk:
- Cara membina Guānxì yang kukuh bagi meningkatkan peluang perniagaan dan kerjaya.
- Memahami teknik berkomunikasi dengan masyarakat Cina sebagai usahawan, rakan mahupun pekerja.
- Kesilapan budaya yang perlu dielakkan serta cara menyesuaikan diri dengan persekitaran Cina.
- Frasa asas dalam bahasa Mandarin bersama audio panduan sebutan untuk meningkatkan kredibiliti.
Jika anda mahu membina hubungan berpanjangan yang lebih strategik, mengelakkan salah faham budaya dan membuka lebih banyak peluang dalam perniagaan mahupun karier khususnya dalam masyarakat Cina, buku ini adalah panduan praktikal yang anda perlukan.
Fantasi Keadilan: Antara Manipulasi, Provokasi dan Kebenaran dalam Undang-Undang
oleh
Aminahtul Mardhiah Md Nor
Undang-undang sering dianggap berat, jauh dan menakutkan. Namun, Fantasi Keadilan membawa pembaca memahami dunia undang-undang melalui penceritaan yang dekat dengan kehidupan masyarakat.
Setiap bab dibuka dengan senario yang hidup, seolah-olah pembaca sedang berada sendiri dalam situasi sebenar. Di balai polis. Di ruang mahkamah. Di tempat kerja. Dalam rumah tangga. Di media sosial. Malah, di tengah-tengah konflik yang boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.
Buku ini membicarakan pelbagai isu seperti ditahan polis, permohonan reman, pemeriksaan badan, geledah rumah dan kereta, buli, fitnah, keganasan rumah tangga serta salah laku peguam dan pegawai mahkamah.
Dalam buku ini, pembaca akan menemui:
• Penerangan undang-undang dalam bahasa yang mudah dan manusiawi.
• Senario yang dekat dengan realiti kehidupan harian.
• Carta alir untuk memahami proses undang-undang dengan lebih jelas.
• Kotak maklumat yang meringkaskan isi penting.
• Panduan apa yang perlu dibuat dan apa yang tidak patut dibuat dalam situasi tertentu.
• Asas penting untuk mengenal hak, memahami batas kuasa dan bertindak dengan lebih tenang.
Buku ini bukan pengganti nasihat peguam. Tetapi, ia boleh menjadi pintu awal untuk orang awam memahami asas undang-undang sebelum panik menguasai fikiran.
Keadilan tidak selalu runtuh disebabkan orang jahat terlalu kuat.
Kadangkala, ia runtuh kerana orang baik terlalu tidak tahu.
Apabila hatinya tenang, nescaya jiwanya akan besar. Tatkala jiwa seseorang itu berasa bahagia, yakinlah, hanya Dia Yang Memberi akan bahagia dan tenang itu.
Seni Tenang dan Berjeda ini adalah milik semua. Ia perlu dipelajari dan dikuasai. la suatu pemberian dari Yang Maha Berkuasa.
Seumpama seorang penyelidik yang baru menyiapkan makalahnya akan terus terdorong untuk mengkaji dengan lebih mendalam dari apa yang telah ditulis. Begitulah buat Penulis naskhah kecil ini. Rasa ingin terns mengenali dan mengkaji serta mempelajari pemikiran dan karya tokoh terbilang ini, Buya HAMKA.
Buku ini, meskipun mengupas dan mengulas seorang Sarjana tersohor, ingin disampaikan buat bacaan umum. Sehingga ke saat sinopsis ini ditulis, seakan masih banyak yang perlu ditulis tentang HAMKA.
Membaca karyanya apatah lagi dibaca dengan jiwa yang tenang benar-benar menghidupkan jiwa itu. Pengalaman dan kesarjanaan beliau, teguran dan pesanannya, pemikiran dan perubahan yang diperkenalkan malar segar sehingga kini. Membaca buku-buku pengkaji Buya HAMKA termasuk tulisan anak-anak dan warisnya seakan membawa pembaca dekat kepada HAMKA. Ibaratnya, menelaah tulisan-tulisan yang membahagiakan.
Tentunya tidak adil apabila ulasan terhadap hanya tiga buku dipersembahkan di sini. Karya terpilih; Tasawuf Moden - Peribadi dan Falsafah Hidup mencukupi sebagai 'perkenalan awal' akan pemikiran halus mendalam beliau. Teruskan meneroka tulisan-tulisan HAMKA yang lain di luar sana.
Saidina Ali r.a pernah berkata, 'Be like the flower that gives its fragrance to even the hand that crushes it'. (Jadilah seperti bunga yang tetap mewangi meskipun kepada tangan yang merosakkannya). Berjeda seketika.
Moga naskhah ini menemui sidang pembaca berserta kefahaman dan ketenangan.
Apabila projek STEM sekolah meminta setiap pelajar memilih tanaman angkat, Aizat langsung tidak menyangka pokok yang dibawanya pulang dari kebun sekolah bakal mengubah hidupnya. Pokok itu kelihatan biasa, namun sedikit demi sedikit akar-akarnya mula menjalar, merosakkan sekolah, dan mengundang gangguan aneh yang menakutkan Aizat serta sahabatnya, Kaif.
Dalam masa yang sama, Desa Rimba digemparkan dengan kehilangan beberapa kanak-kanak. Ketika Inspektor Tsaid menyiasat misteri itu, dia menemui petunjuk yang mengaitkan kes kehilangan tersebut dengan pokok misteri di sekolah Aizat. Semakin banyak rahsia terbongkar, semakin jelas bahawa sesuatu yang jauh lebih gelap sedang bersembunyi di sebalik projek STEM mereka — sesuatu yang amat berbahaya dan sentiasa laparkan darah!
* * * * *
Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
The Warung stands, as it always has, on the edge of the Night Market. It’s the kind of nondescript warung you drive by on balik kampung roadtrips, with its twinkling fairy lights, its torn plastic table cloths, the scratched-up surfaces of its bright red chairs. Within its thin wooden walls, three Aunties whip up delicious delicacies for weary travellers, lost souls and adventurers on the way from Sini to Sana—as long as you’re willing to pay the price. Many cross the threshold of the Warung, and whether human or fae or something in between, the Aunties serve them all and take what is owed: a memento, a memory, a moment in time.
So if you see its neon sign winking at you through the crowd, if the smell of its wares entices you to climb its well-worn steps, come. Rest your feet. Refresh yourself. No matter what’s on the menu, it’s sure to satisfy.
After all, the Warung Between Worlds always knows what you need.
Cursed Bunny: Arnab Sumpahan ialah sebuah himpunan cerpen yang membentur genre dan bentuk. Di tangan Bora Chung, sempadan yang membatasi realisme-magis, seram dan sains fiksyen melebur dan terbaur dalam wadah ceritera kemanusiaan. Ada juga paduan distopia, surrealisme dan fiksyen spekulatif yang dimanfaatkan pengarang untuk menyampaikan kritik sosial terhadap patriarki, kapitalisme dan budaya pascamoden.
Semua cerita seakan-akan mengisyaratkan satu pesan — kita semua punya pilihan, dan kesan sesuatu pilihanlah yang menjadikan kita seorang insan.
Naskhah ini telah memungkinkan Bora Chung disenarai pendek International Booker Prize pada tahun 2022.
When Life Blooms Like an Orchid ialah jurnal cinta untuk semua yang pernah overthink, pernah menyayangi dan disayangi, pernah merasa kehilangan manusia atau diri sendiri dan juga untuk semua yang masih cuba memahami setiap perasaan yang singgah dalam hati mereka.
Jurnal cinta ini adalah ruang untuk semua menulis apa yang tidak pernah menjadi kata-kata untuk diucapkan dan diluahkan.
Yasuko menjalani kehidupan yang tenang, bekerja di kedai bento Tokyo dan ibu yang baik kepada anak tunggalnya. Tetapi apabila bekas suaminya muncul di depan pintu tanpa amaran pada suatu hari, dunianya yang selesa hancur berkecai.
Apabila Detektif Kusanagi dari Polis Tokyo cuba menghimpunkan peristiwa pada hari itu, dia mendapati dirinya berhadapan dengan keadaan paling membingungkan dan misteri yang pernah dia siasat. Tiada apa-apa yang masuk akal, dan hanya seorang genius mampu memahami genius di sebalik jenayah ini.
Bagaikan secawan kopi yung sempurna, hati manusia juga memerlukan 'blend' yang tepat dalam mencari makna serta rasa sebenar kebahagiaan.
Buya HAMKA, Liew Mun Leong, Adolf Hitler, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mereka memahami satu perkara, perkataan yang tertulis membina pengaruh.
Mereka menumpukan masa melakukannya.
Di tangan Tuan dan Puan merupakan playbook yang praktikal. Sebuah panduan:
- membina pengaruh atas dan bawah,
- menumbuhkan kepercayaan,
- menggerakkan manusia yang dipimpin melalui kuasa penulisan.
Buku ini dibaca oleh pemimpin dalam organisasi, perniagaan, keluarga dan masyarakat.
Ini adalah buku tindakan. Ada kerangka, contoh, dan urutan:
- membimbing bagaimana menulis untuk memimpin,
- menunjukkan bentuk tulisan, tujuan, dan kesan,
- boleh dirujuk semula dalam situasi sebenar kepimpinan.
Gunakan kuasa perkataan. Bina kesan memimpin yang hidup lebih lama daripada tempoh jawatan dan gelaran.
Membaca sejarah merupakan proses menjana perspektif terhadap sesuatu peristiwa masa lalu. Begitu juga dengan Sejarah Uthmaniyah yang berjela-jela sehingga menjangkau tempohenam abad lamanya. Ia merupakan satu ‘pengembaraan’ yang panjang.
Bagaimana mungkin seseorang boleh mendakwa dirinya benar-benar memahamiUthmaniyah? Sedangkan, selagi matahari dan bulan masih ada, selagi itulah perspektifsejarah akan tetap silih berganti. Pengembaraan sejarah tidak pernah berhenti.
Di sebalik kebangkitan fenomena drama sejarah Turkiye seperti Diriliş: Ertuğrul dan Kuruluş: Osman, muncul satu keperluan mendesak untuk kita memahami sejarah kerajaanUthmaniyah menerusi kerangka fikir yang lebih jelas dan kukuh. Ottomania hadir sebagainaskhah yang menghimpunkan fakta serta menawarkan perspektif berbeza yang jarangditerokai dalam wacana arus perdana.
Buku ini bakal menjawab isu-isu sensasi berkaitan sejarah kerajaan Uthmaniyah, selainmenelusuri wacana sejarah Uthmaniyah daripada sumber Arab yang turut menjadi salah satusumber utama sejarah kerajaan ini.
Antara inti pati menarik dalam buku ini:
• Rekonstruksi Kerangka Fikir Sejarah: Buku ini membina "Kerangka Fikir Sejarah Menurut Islam" untuk membedah sejarah umat Islam secara kritis dan objektif, sekali gusmenawarkan pilihan jawapan terhadap provokasi aliran pemikiran anarkis, liberal, dan sekular.
• Penerokaan Historiografi Sumber Arab: Penulis menonjolkan kepentingan sumberberbahasa Arab dari wilayah hot spot seperti Mesir, Syam, dan Hijaz sebagai rujukan pentingyang sering dipinggirkan dalam naratif arus perdana sejarah Uthmaniyah.
Ayuh kita kembali menilai, apakah perspektif kita terhadap sejarah kerajaan Uthmaniyahselama ini? Dan yang paling penting, dari manakah sumbernya? Selamat membaca!
Kampung Senja kelihatan biasa saja, dengan rumah kayu dan rumah batanya yang telah bercampur aduk, dengan pohon-pohon kelapa dan rimbun bunga kertas di tepi jalan utama dan penduduk-penduduknya yang telah melalui banyak kehilangan.
Mungkin kerana di Kampung Senja, kata-kata tidak terungkap dan perasaan yang belum selesai menjumpai jalan pulang.
Pelbagai kejadian menghurung penduduk kampung ini, yang mengundang kehilangan dan duka tidak terperi. Setiap zaman, membawa cerita yang berbeza. Kes kematian budak yang hilang, kejadian pembunuhan demi pembunuhan yang kejam dan keluarga yang terpisah tanpa menerima khabar mereka yang sudah lesap tiba-tiba.
Setiap kematian, tidak tiba di noktah yang sepatutnya… jika bukan kerana sebuah pejabat pos di hujung kampung. Di pejabat pos ini, surat merentasi masa dan ruang. Dan berdiri di dalam pejabat pos ini ialah Fajar, pemiliknya.
Hanya surat-surat yang tersusun di dalam peti-peti pejabat pos itu yang telah menjadi saksi, yang melegakan duka yang bersarang lama dan yang kunjung tiba walau tidak disangka dapat memberikan jawapan.
Hidup baharu, duka lama.
Diya mengambil tempat sebagai ratu adilakar di Lakarloka atas satu niat – dia mahu jadi pelindung kaum perempuan dan kanak-kanak yang menerima natijah pemerintahan raksha-raja.
Tetapi, hidup baharu mustahil bagi Diya. Masa lampau tidak melepaskannya. Dunia Ampang melambai dengan panggilan lara.
Dua lelaki yang sama terperangkap dalam duka masa lampau mereka, Arjuna dan Narasinga menyimpan dendam akibat dosa warisan.
Dengan Lakarloka di ambang perang, dapatkah Diya benar-benar menyelamatkan semua?
Takdir tiga insan bertembung di jalan menuju medan. Adakah yuda ini dapat digambarkan dengan lukisan?
“Why is it taking so long?”
If you have ever felt left behind while everyone else seems to be moving forward, Whispers of Tawakkul understands that quiet struggle. It speaks to the moments of doubt, the weight of expectations, and the ache of unanswered prayers.
With gentle reflections and relatable reminders, this book walks you through life’s uncertainties — showing you that every delay carries wisdom, every hardship has purpose, and nothing is ever out of place in Allah’s plan.
You may not understand your journey right now, and that is okay.
This is an invitation to release your worries, trust a little deeper, and find peace in knowing that Allah is already writing something better for you.
Sanctuary of Solace is a gentle space for those who feel overwhelmed, tired, or quietly holding it all together.
Blending soft reflections, Islamic reminders, and psychological insights, this book explores stillness, healing, and the kind of peace that doesn’t rush — but slowly finds you.
About the noise that never really stops.
The weight you don’t talk about.
And the moments when you feel furthest from everything — including Allah.
It is about learning to pause, to let go, to set boundaries, and to find calm again in the middle of everything.
And most of all,
it is about returning
to yourself,
to your faith,
and to what truly matters.
Because sometimes, peace begins
when you finally come home.
Siri Kembara Sains: AI Menguasai Dunia
oleh
Dodo meneroka dunia kecerdasan buatan (AI) dan menyaksikan bagaimana AI berperanan sebagai pelajar, guru, jurulatih, doktor, pemandu tanpa pemandu, dan pengurus bandar pintar sambil membuka mata tentang potensi dan impak AI dalam kehidupan seharian serta masa depan manusia.
Antara topik STEM dalam buku ini:
- Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin: Menyelidik bagaimana AI belajar, membuat keputusan, dan meniru kepintaran manusia untuk menyelesaikan masalah.
- Robotik dan Automasi: Mempelajari peranan robot dan sistem automatik dalam kehidupan seharian, termasuk pemandu tanpa pemandu, doktor robotik, dan pengurus bandar pintar.
- Teknologi Bandar Pintar: Mempelajari bagaimana AI membantu mengurus trafik, tenaga, keselamatan, dan kehidupan bandar secara efisien.
Siri Kembara Sains: Misteri Bakteria & Sel Manusia
oleh
Dodo menjelajah ke dalam tubuh manusia, membongkar rahsia dan keajaiban organ serta sistem badan. Dalam pengembaraannya, dia belajar cara tubuh berfungsi, berani menentang bakteria jahat, dan memahami kepentingan kesihatan dengan cara yang menyeronokkan, mendebarkan, dan penuh ilmu.
Antara topik STEM dalam buku ini:
- Sistem Tubuh Manusia: Menyelidik organ dan sistem badan bagi memahami bagaimana tubuh bekerja dan mengekalkan kehidupan.
- Bakteria dan Sistem Imun: Mempelajari peranan bakteria baik dan jahat serta bagaimana sistem imun melindungi tubuh daripada penyakit.
- Proses Penyembuhan dan Fisiologi: Mengetahui bagaimana tubuh menyembuhkan luka, mengekalkan tenaga, dan menstabilkan keseimbangan secara semula jadi.
Siri Kembara Sains: Fenomena Misteri di Bumi
oleh
Dodo meneroka pelbagai keajaiban alam semula jadi dan fenomena misteri yang menakjubkan. Dari tasik berwarna aneh, ais yang jarang ditemui, hidupan unik di kawasan ekstrem, batu dan pantai yang menakjubkan, sehingga lubang misteri dan tempat ghaib yang dikaitkan dengan legenda, setiap penemuan membuka mata pembaca tentang keindahan, keunikan, dan rahsia bumi.
Antara topik STEM dalam buku ini:
- Keajaiban Alam Semula Jadi: Memahami fenomena alam yang luar biasa dan unik di seluruh dunia, termasuk gunung berapi, tasik, gurun, hutan, dan formasi geologi yang menakjubkan.
- Kenali Hidupan & Ekosistem: Mengenali flora dan fauna unik dari seluruh dunia, belajar bagaimana mereka hidup dan menyesuaikan diri dengan alam sekeliling.
- Fahami Bumi & Geologi: Terokai bagaimana gunung, batu, gua, dan landskap terbentuk melalui proses geologi seperti tektonik plat, hakisan, dan letusan gunung berapi sepanjang berjuta-juta tahun.
Siri Kembara Sains: Inovasi Canggih Mengubah Masa Hadapan
oleh
Dodo meneroka pelbagai topik sains dan teknologi, termasuk cara membasmi nyamuk, mikroorganisma pemakan plastik, makanan cetakan, keselamatan kereta hidrogen, kehebatan otak manusia, kehidupan pada zaman dinosaur, dan kenderaan bawah laut. Pengembaraan ini mengajak pembaca memahami keajaiban sains serta berfikir secara kreatif tentang masa depan.
Antara topik STEM dalam buku ini:
- Kaedah Membasmi Nyamuk: Mempelajari biologi nyamuk serta kaedah saintifik bagi mengawal pembiakan dan mencegah penyakit.
- Kenderaan di Bawah Laut: Mempelajari teknologi yang digunakan bagi meneroka dasar laut dan hidupan marin.
- Keselamatan Kereta Hidrogen: Meneroka penggunaan hidrogen sebagai sumber tenaga alternatif bagi kenderaan.
Siri Kembara Sains: Keajaiban Alam Semesta
oleh
Dodo menemani Elio mengembara ke angkasa. Mereka meneroka keajaiban Sistem Suria dan alam semesta. Dari Bumi hingga Bulan, mereka menyelami keresahan Pluto dan luasnya kosmos. Mereka belajar tentang kepakaran ahli astronomi dan hubungan antara bintang seperti Matahari. Sepanjang perjalanan, mereka juga mengagumi keindahan nebula sambil menanam rasa ingin tahu serta kekaguman terhadap alam semesta.
Antara topik STEM dalam buku ini:
- Sistem Suria dan Planet: Menyelidik planet, Bulan, dan Matahari bagi memahami kedudukan, pergerakan, dan ciri-ciri mereka dalam sistem Suria.
- Bintang dan Nebula: Mempelajari hubungan antara bintang, pembentukan nebula, dan bagaimana bintang terbentuk serta memberi cahaya dan tenaga.
- Fizik Angkasa dan Graviti: Mengetahui kesan graviti, orbit, dan pergerakan objek angkasa bagi memahami prinsip asas fizik dalam alam semesta.
Siri Kembara Sains: Penjelajahan Misteri Laut Dalam
oleh
Dodo menyelam ke laut dalam, meneroka keajaiban dan misteri dunia bawah air. Dia menemui raksasa laut, cerobong bawah air, dan fenomena salji laut, sambil belajar tentang ekosistem laut serta kesan aktiviti manusia terhadapnya. Sepanjang pengembaraan, Dodo kagum dengan keindahan lautan dan rahsia yang tersimpan di dalamnya dan membuka mata tentang betapa menarik dunia bawah air.
Antara topik STEM dalam buku ini:
- Biologi Laut: Menyelidik hidupan laut, mengamati raksasa laut hingga plankton, dan memahami peranan mereka dalam ekosistem.
- Sains Alam Sekitar: Mengkaji kesan eksploitasi minyak dan pencemaran laut, serta meneroka cara pemuliharaan ekosistem.
- Fizik Laut: Menyelidik tekanan air, mengukur suhu dan cahaya, serta memahami bagaimana faktor ini mempengaruhi kehidupan di laut dalam.
Tadabbur Ulul Albab: Menyelusuri Karakter dan Seni Berfikir di Bawah Suluh Al-Quran
oleh
Dr. Danial Zainal Abidin
Istilah Ulul Albab berasal dari dua kata dalam bahasa Arab, iaitu Ulu (yang memiliki; pemilik) dan Albab (jamak dari lubb yang bererti inti, sari, otak, atau akal murni). Imam IbnKathir berkata: “(Ulul albab) ialah mereka yang memiliki akal yang sempurna lagi bersih, yang mampu mengetahui hakikat tentang banyak perkara secara jelas dan terang. Mereka bukan golongan yang tuli, bisu serta tidak berakal.”
Di dalam Al-Quran, Allah SWT menyebut istilah Ulul Albab sebanyak 16 kali dalam berbagai surah. Melalui penyebutan ini, Al-Quran tidak sekadar merujuk pada orang yang cerdas secara intelektual (rasional), tetapi juga mereka yang memiliki kesedaran spiritual dan emosional yang tinggi.
Karya ini menghimpunkan analisis dan pandangan ulama pada semua 16 ayat berkaitan UlulAlbab. Pembaca dapat memahami apakah karakter dan bagaimana cara berfikir Ulul Albabyang dimaksudkan oleh Al-Quran. Sesungguhnya, hanya mereka yang menguasai cara fikir yang betul dapat memahami agama dengan benar.
Persepsi: Perang Politik Media Sosial
oleh
Datuk Dr Noor Azizan Majid, Dr. Norman Sapar, Dr. Ab Razak Che Hussin
Dalam sebuah dokudrama pada tahun 2020, The Social Dilemma, pakar-pakar teknologi mendedahkan bagaimana media sosial direka supaya penggunanya ketagih. Lalu, ketagihan manusia diperdagangkan untuk kepentingan pihak tertentu.
Begitu juga dengan The Great Hack pada tahun 2019, bagaimana data berjuta-juta pengguna digunakan untuk menghantar iklan politik yang sangat spesifik bagi mengubah keputusan undi.
DOSM mendedahkan, 98.3% rakyat Malaysia dapat mengakses internet. 99.7% daripadanya pula aktif di platform media sosial. Setiap hari, kita melihat permusuhan berlaku dengan sangat ketara. Rakyat saling benci-membenci dan tuduh-menuduh pada isu picisan dan bukan isu tunjang. Siapa yang mencucuh api permusuhan ini?
Masih relevankah isu sentimen perkauman pada ketika rakyat masih bergelut dengan peluang pekerjaan, isu air bersih, isu pemilikan rumah, kos pendidikan dan kesihatan yang belum diselesaikan?
Dalam demokrasi, pemikiran rakyat adalah aset yang paling mahal, tetapi sering dijual beli dengan nilai lelong. Parti politik sanggup membelanjakan berjuta untuk mendapatkan undi, rakyat pula melepaskannya dengan harga yang sangat murah.
Buku ini adalah provokasi terhadap cara fikir, kerana itulah satu-satunya senjata yang dimiliki oleh rakyat. Jika rakyat berfikir secara kritis, maka seluruh sistem manipulasi akan runtuh.
Dear, Si Bulus #1: Suri Si Kucing Kampus
oleh
Sekilas
pandang, Suri hanyalah seekor kucing tuksedo kampus yang biasa. Namun
perlahan-lahan kehadirannya mula mencuri perhatian seluruh warga
universiti sehingga namanya menjadi sebutan ramai. Boleh dikatakan
Suri telah dianggap seperti selebriti kampus.
Bersama
empat sahabat, Awa, Ina, Nisa, dan Seri... hari-hari biasa di kampus
bertukar menjadi
lebih ceria dengan pelbagai telatah lucu, momen menyentuh hati, dan
kehadiran Suri yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Namun,
apakah sebenarnya yang dilakukan oleh Suri sehingga namanya terkenal
di seluruh kampus? Ikuti kisah hangat dan lucu tentang persahabatan
manusia dan 'si bulus' Suri!
Projek antologi khas hasil kolaborasi Komik-M bersama kumpulan Astana Tinta.
Menampilkan komik-komik berkaitan ‘seram’ daripada pengkarya seperti berikut:
MANDAM oleh Aidilfat
PEMBURU HANTU oleh Faiez Izwan
HENDAP oleh Apin Nism
HANTU DORM ASTANA TINTA oleh Snowkofi & Arsyari Adnan
MUNCUL oleh Pekan & Masato Kenya
REPUT oleh Akelunaire
STIGMA oleh Cpelukis
“Kak Hasni, saya takut!”
Suara lemah Suri masih terngiang-ngiang di telinga ketika Suri menghubunginya semalam.
“Maafkan saya, kak. Kesihatan saya semakin teruk. Saya dah banyak buat dosa. Saya bukan jurulatih yang layak untuk melatih Kelab Memanah Sekolah Menengah Perempuan Sri Melati.” Suri menangis di talian.
“Tenang, Suri. Kenapa ni?” Hasni keliru.
“Hidup saya terancam. Ada yang sedang menuntut hutang darah daripada saya, kak.”
“Suri, cerita perlahan-lahan. Jangan menangis lagi,” Hasni memujuk.
“Busur yang saya guna, kak. Tolong! Tolong hapuskan saja busur tu dengan segera. Bahaya!” Suara Suri tersekat-sekat di talian ketika cuba menyampaikan amaran. “Busur itu… mahukan… darah saya, kak...!” Suara Suri tenggelam timbul.
“Suri? Suri?”
Talian terus terputus.
* * * * *
Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Menulis riwayat hidup Almarhum Syeikh Abdul Karim Amirullah atau Dr. H.A.K. Amrullah, sama ertinya dengan menulis bagaimana pembangunan agama Islam di Minangkabau, negeri yang dikenali kerana sulitnya lantaran pembangunan agamanya dan kekerasan adatnya.
Cuma saya harus menjaga satu perkara yang amat penting, iaitu kecintaan anak kepada ayah, sekali-sekali jangan hendaknya saya lupa akan keadilannya, sehingga saya menulis tentang kebaikannya dengan berlebih-lebihan. -HAMKA
Inilah karya HAMKA yang secara indah memberikan kisah cinta antara dua darjat. Cinta anak muda yang masih bergelora jiwanya.
Inilah juga karya HAMKA yang secara lembut dan sopan, memberi kritik sosial yang tajam pada masyarakat, yang lebih memandang harta dan keturunan dengan beralaskan agama.
Inilah juga karya HAMKA, yang bukan sahaja membuat bibir tersenyum bahagia, juga akan membuat dada sesak menahan hiba.
Karya yang akan membuatkan pembaca turut tenggelam dalam emosi dan makna, seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck.
Cinta adalah penyatuan dua hati, sehinggalah takdir berkata sebaliknya.
Untuk novel ini, HAMKA memilih untuk bercerita tentang cinta lelaki yang merantau, dan setianya seorang perempuan yang tidak dipandang darjat keturunannya.
Pada ketika perempuan setia itu sudah bahagia, lelaki yang dikasihinya perlu memilih antara dia dan darjat keturunan.
Apa akhirnya perempuan setia itu? Apa jadinya kepada lelaki yang terpaksa memilih?
Berhasilkah Pak Yasin mempertahankan tanah dan melawan kekuatan Tuan Direktur di saat kondisi menjadi kacau ketika tuduhan membuat perkumpulan rahsia untuk menggulingkan pemerintah terbongkar pihak berkuasa? Kekuatan apakah yang dimiliki Pak Yasin sehingga membuat Tuan Direktur sangat sulit mengalahkan Pak Yasin?
Sebuah mahakarya HAMKA yang padat nasihatnya mengenai manusia kecil yang terdaya bangun berdiri megah mendongak langit… tidak kekar sehinggakan lupa rumput di bumi.
Perasaan cinta mereka tersimpan rapi dalam hati masing-masing dan tidak terungkapkan. Ketidakberdayaan Hamid dalam mengungkapkan perasaannya semakin memberatkan hati dan perasaan Hamid ketika Mak Asiah, ibu Zainab meminta dirinya untuk melunakkan hati Zainab agar mau menikah dengan laki-laki pilihan keluarga. Untuk mengobati luka hatinya Hamid memutuskan pergi dari Padang ke Mekah.
Sebuah lagi mahakarya HAMKA. Kisah cinta yang tidak terucap, dan masing-masing hanya menyimpan cinta dalam hati, sehingga akhirnya pada saat mereka tahu itu cinta, mereka sudah terlewat.
Setiap manusia dilahirkan dengan kreativiti. Kini, kita mempunyai rakan seperjalanan yang dapat membantu kita memahami apa yang sebenarnya sedang kita cuba cipta.
Apabila “Everyday AI” muncul, dunia seakan-akan terbelah dua. Ada yang melihatnya sebagai ancaman kepada kreativiti, dan ada pula yang melihatnya sebagai satu lonjakan baharu dalam evolusi manusia. Ahli psikologi dan usahawan, Nadim Sadek, mengemukakan satu gagasan yang segar dan mengujakan: jalan ketiga, iaitu memperhebat kreativiti yang sememangnya telah sedia ada dalam diri setiap manusia.
Buku ini bukan tentang AI yang mencipta bagi pihak kita. Buku ini tentang AI sebagai kecerdasan buatan yang dinamik, bukan makhluk hidup, tetapi boleh menjadi sekutu kita. Ia membantu kita menamakan perasaan yang selama ini sukar dilafazkan, menjernihkan visi yang kabur, dan menghidupkan semula percikan kreatif melalui dialog. Nadim Sadek menamakan pendekatan ini sebagai Kreativiti Kolaboratif, iaitu manusia membawa pengalaman hidup dan kepekaan yang tidak dapat diganti, manakala AI membantu kita memahami serta mengembangkan dorongan kreatif itu dengan lebih mendalam.
Dalam kerjasama ini, ada sesuatu yang sangat luar biasa. Nadim memperkenalkan gagasan Panthropic, iaitu dialog berterusan dengan pengetahuan kolektif dan kreativiti seluruh umat manusia. Apabila kita berinteraksi dengan AI, kita sebenarnya bukan sekadar “bercakap” dengan mesin, tetapi sedang menyentuh sari pati budaya manusia yang telah dihimpunkan dan disusun semula.
Daripada arkitek yang akhirnya benar-benar memahami makna bangunan yang ingin dicipta, hinggalah kepada kanak-kanak yang belajar berfikir dan bukan sekadar menghafal, daripada penulis yang mula menemukan suara sejati mereka, hinggalah kepada usahawan yang semakin jelas arah tuju hidup dan kerja mereka, pembebasan kreativiti itu sebenarnya sudah pun bermula. Buku ini menunjukkan bagaimana manusia dapat melangkah bersama AI dalam tarian yang seimbang antara intuisi dan kecerdasan buatan.
Selamat datang ke zaman apabila berbilion hati manusia akhirnya berpeluang memahami rentak masing-masing. Persoalannya, adakah anda bersedia menyaksikan segala yang kini menjadi mungkin?
"Panduan lapangan penting pertama tentang Kreativiti Kolaboratif bersama AI."
Sebuah topeng Barong Ket muncul tanpa asal-usul. Tiada inventori. Tiada penghantar. Namun apabila gamelan mula berbunyi, ia menari — dan seseorang mati.
Di Muzium Kebudayaan Luhur, satu persembahan budaya bertukar menjadi mimpi ngeri apabila seorang pelajar maut dengan cara yang mustahil. Maizatul, kurator muzium, dan Rosyam, pegawai penyiasat, terperangkap dalam siasatan yang semakin menolak batas logik dan undang-undang. Segalanya berubah apabila mereka menemui Illa Manoj, seorang pendakwa raya yang percaya kejadian tersebut mempunyai persamaan dengan modus operandi kes lama yang pernah dikendalikannya 15 tahun lalu. Kekalahan dalam perbicaraan itu menghantui Illa, mendorongnya untuk memecahkan misteri yang tidak pernah benar-benar selesai.
Antara siasatan, trauma, kepercayaan dan karut bertembung. Semakin kebenaran digali, semakin tersingkap rahsia yang gelap, menjijikkan dan tidak sepatutnya dibangkitkan.
Ini bukan kisah misteri budaya semata-mata.
Ini kisah tentang manusia — dan apa yang sanggup mereka lakukan apabila diberi peluang untuk menjadi lebih daripada manusia.
Penat jadi “Good Girl", tapi hidup masih rasa tersekat?
Good Girl Rebellion ialah buku tentang membina impian perniagaan dengan cara sendiri untuk yang selalu mengalah, susah berkata “tidak”, dan sering letak diri di tempat kedua.
Terlebih fikir, takut dinilai sampai nak pilih diri sendiri pun rasa bersalah.
Buku ini membantu melihat semula: mungkin sifat “terlalu baik” itu bukan kekuatan, tapi penghalang.
Sudah tiba masa untuk ubah.
Bina impian dengan cara sendiri tanpa rasa bersalah.
Bukan semua hari rasa okey.
Ada hari yang terasa penat tanpa sebab.
A Little Pink Courage for Today adalah koleksi ilustrasi dan cerita pendek tentang keberanian dalam versi yang paling jujur, perlahan, diam, tapi masih terus melangkah.
Tentang rasa takut yang tak hilang.
Tentang terlebih fikir yang datang tanpa jemput.
Tentang hati yang masih belajar untuk percaya pada diri sendiri.
Buku ini bukan untuk jadi “kuat”.
Cuma untuk ingatkan, tak apa kalau hari ini cuma mampu bertahan.
Untuk hari-hari yang terasa terlalu berat.
Pernah rasa hidup seperti tidak teratur? Serba tak kena, tapi tetap perlu diteruskan?
Gilly’s Notes on Life: Diari Si Budak Clumsy menghimpunkan catatan Gilly, seorang ilustrator introvert yang penuh pesona, tentang detik-detik kecil yang kadang-kadang clumsy, tetapi penuh makna.
Daripada momen yang tidak menjadi hingga saat sunyi yang menenangkan, setiap halaman membawa pembaca menyelami perjalanannya, belajar menerima kekurangan, berani menunjukkan sisi rapuh, dan perlahan-lahan bertumbuh.
Melalui kisah yang sederhana dan hangat, Gilly mengingatkan bahawa hidup tidak perlu sempurna untuk terasa bermakna.
Kerana dalam langkah yang paling tidak teratur, di situlah kita benar-benar belajar menjadi diri sendiri.
Chaos, meowing & bossy
yang buat hati cair setiap hari.
Hari-hari cat parent dipenuhi drama, bulu di merata tempat dan cinta yang tak pernah diminta, tetapi selalu dirindui.
Sebuah diari untuk menyimpan semua memori si meow, kerana hidup dengan kucing memang messy, tetapi terlalu cute untuk dilupakan.
Warning: Cat parents can’t resist this book.
Antologi komik khas yang menampilkan komik-komik pendek bertemakan ‘GAZA’ daripada artis-artis komik seperti berikut:
Terowong Cahaya oleh BAHRUDDIN BEKRI & ZENI
Lensa oleh FAIEZ IZWAN
Tuyur oleh JIWAZURO
Cinta Gaza oleh REJA
Is'af oleh MUHD SALIMI & PAC
Satu Sen oleh MUHD SALIMI & ZYLL FATHE
Maharani FC, sebuah kelab bola sepak yang dipimpin Cikgu Muiz telah memilih sebuah asrama sukan yang telah lama ditinggalkan sebagai pusat latihan dalam menghadapi Kejohanan Piala Gemilang Johor. Seorang pemain baru bernama Hardi yang agak misteri telah menyertai pasukan itu.
Sepanjang menginap di asrama itu, Cikgu Muiz mengalami beberapa peristiwa pelik, namun mendiamkannya dan hanya memfokuskan perhatiannya pada pasukan Maharani FC. Tetapi, sebahagian besar para pemain Maharani FC tidak memiliki kualiti yang baik, kecuali Hardi dan beberapa orang lagi, menyebabkan pencapaian pasukan itu amat mengecewakan.
Suatu hari, salah seorang pemain Maharani FC telah mengamuk sebelum melarikan diri ke dalam hutan bersebelahan asrama sukan itu. Apabila Cikgu Muiz menyiasat apa puncanya, kebanyakan para pemainnya menyatakan yang mereka tidak tahu, namun Cikgu Muiz dapat mengesan ada sesuatu yang dirahsiakan oleh anak-anak buahnya itu.
Cikgu Muiz berusaha menyiasat apakah sebenarnya yang berlaku dan ternyata ada rahsia yang cuba disembunyikan para pemainnya. Rahsia silam asrama sukan itu bakal berulang dan ia melibatkan semua para pemain Maharani FC. Dan dalam diam, Hardi ada agendanya tersendiri, yang bakal mengorbankan banyak nyawa!
* * * * *
Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Setiap manusia memiliki perasaan-perasaan kompleks yang terkadang sulit untuk diungkapkan. Kamu pun pasti begitu. Padahal, ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk meluahkan perasaan-perasaan itu, seperti melakukan art therapy dan journaling. Buku ini menggabungkan kedua cara tersebut agar dapat menjadi wadah bagi segala emosimu yang terpendam.
Bersama buku ini, kamu boleh melakukan self therapy yang mudah dan sederhana untuk menjaga kesihatan mental.
Kerana ada satu hal yang harus kamu fahami:
Kamu berhak sembuh.
Turath - Ya Allah Izinkan Aku Kembali: Mencari-Mu dan Menemui Diriku Sendiri (2026)
oleh
Ibnu al-Jauzi, Ibnu Juzay, Ibnu al-Qayyim al-Jawziyyah, Ibnu al-Jazari
Pernahkah kita rasa jauh daripada Allah, walaupun dahi masih mencecah sujud dan lisan masih menitip doa? Seolah-olah ada tembok yang menghalang kemanisan iman; sedang kita tahu Allah tidak pernah jauh, hanya kitalah yang perlu mula melangkah.
Buku ini adalah sebuah rangkaian proses untuk pulang menemui ketenangan hakiki. Ia tidak datang untuk menghukum, tetapi menemani jiwa yang lelah mencari jati diri sebenar. Intipati buku ini diadaptasi daripada karya agung empat imam besar sebagai panduan rohani yang membimbing kita melalui empat fasa transformasi jiwa:
- Fasa Kesedaran: Menyingkap kelalaian hati dan muslihat dunia yang meragut ketajaman mata hati. (Sayd al-Khatir – Ibnu al-Jauzi)
- Fasa Pemurnian: Membina semula hubungan dengan Ilahi melalui mujahadah serta kemanisan zikir dan tauhid. (Tasfiyat al-Qulub – Ibnu Juzay)
- Fasa Penyembuhan: Merawat luka hati akibat dosa dan fitnah melalui penawar ilmu serta amal soleh. (Tibb al-Qulub – Ibnu al-Qayyim)
- Fasa Persediaan: Mempersiapkan kesucian jiwa dan kemuliaan akhlak demi sebuah kepulangan yang indah ke sisi Ilahi. (Al-Zahr al-Fa’ih – Ibnu Al-Jazari)
Perubahan tidak perlu bermula dengan sempurna, cukup sekadar sebuah kejujuran. Kerana Allah sentiasa menunggu, dan langkah pertama untuk pulang... bermula di sini.
Bukan semua luka nampak dari luar.
Ada yang senyap tapi masih sakit.
Today, I Want To Hug You adalah koleksi ilustrasi dan cerita pendek tentang emosi, kehidupan, dan hati yang masih dalam proses sembuh.
Tentang penat yang tak terucap.
Tentang keliru yang tak tahu nak cerita pada siapa.
Tentang rasa “kenapa hidup macam ni?” yang datang tanpa amaran.
Buku ini bukan untuk baiki semuanya.
Cuma untuk temankan dan memeluk, walaupun hanya melalui kata-kata.
Untuk hati yang masih belum sembuh.
A healing journey might look different for each of us, but it feels almost the same for us all: lonely, hurtful, hopeless, and full of despair. And that is why I wrote this book for you. To be your healing friend. To be your source of love when you need to feel loved. This book is a love letter for you whenever you feel all alone in your healing journey.
Healing is not linear, and it doesn't happen in a straight line. Thus, read this book as you wish. You can start from each chapter accordingly, or you can open the page wherever your heart is calling you. May this book be your friend, especially on your healing journey's most lonely and hurtful nights. May each of the pages in this book lead you to yourself. May this book lead you home. And most of all, may you heal your wounds while also blooming gracefully.
Your healing journey doesn't make you a broken one.
It's making you more beautiful than ever before.
Healing makes you grow. It makes you bloom.
Alif, the eldest son, CEO of Khair Holdings, loyal to a fault. These were the things he was known as. After confessing to his crimes, nothing will ever be the same again.
Kirana, a lawyer by will, a baker by choice, a pianist at heart. Behind her perfect front with her beloved jukebox and warm tea lay a life she had long left behind.
Two different people, with only the past binding them together. After nine years, Kirana still remembers the last time she saw Alif, his endearing dimpled smile masking his silent tears. Yet her resentment towards him hasn’t changed, serving as a constant reminder of a cherished memory now gone forever.
As everything continues to fall apart, fate grants one final offer: a chance at making it right again.
With his reputation at stake, Alif digs into his forgotten past in order to fix his future, rediscovering broken friendships, grief-stricken pain, and a lost love.
Coming Back to Him: Reflectionsf or the Quiet Hours
It is not a manual for perfection. No, indeed.
This zine is a companion for checking in on the heart along the journey of coming back to Him, as Ramadan itself is a blessed opportunity to return to fitrah.
Across these pages, Ramadan unfolds not as a checklist of duties but as a landscape of awareness. A blend of gentle reminders grounded in revealed knowledge and a safe space to pour your heart out.
This zine is an invitation to notice, to pause, and to realign between where you are and where you long to be as a servant of God. Organised around the unique spiritual themes of Ramadan, you will be invited to draw, to write, and to sit with questions that do not rush toward answers-to consider what you carry, what you release, and what you hope to meet Allah when all else falls away.
Every intention to improve, and even the smallest act done for Allah alone, carries a weight far beyond what you can see.
“Makmal tu bukan berpuaka ke,” bisik Saiful yang beratur di belakang Hakim.
“Mengarutlah! Sepanjang lima tahun kita di sini, pernahkah kau dengar pelajar histeria atau kena sampuk?” soal Hakim, dengan kepalanya tetap tegak memandang ke hadapan.
Saiful yang mendengar jawapan Hakim tadi langsung tergelak. Sebenarnya, dia sengaja mahu menakutkan-nakutkan Hakim dengan khabar angin tentang makmal kimia tersebut. Kononnya, makmal itu terbakar disebabkan oleh seorang guru kimia yang terlalu obses dengan uji kaji eksperimen berkaitan antipenuaan menggunakan bahan-bahan yang tidak sepatutnya. Rohnya terperangkap dalam makmal kimia tersebut dan kerana itulah Makmal Kimia Sir Isaac Newton terus dikunci dan tidak digunakan lagi sebaik sahaja Makmal Kimia Nikola Tesla mula beroperasi. Sejauh mana kebenaran cerita itu, tidaklah dapat dipastikan.
Namun, Hakim ada sesuatu yang disembunyikan – sebuah buku nota lama dengan kesan terbakar, sarat dengan catatan eksperimen pelik yang dijumpainya di dalam makmal terbakar itu, dirasakannya menyimpan sesuatu rahsia yang bakal mengubah nasibnya!
* * * * *
Dua kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
Pernah tak ingin bersuara, tapi sudah tahu tiada siapa pun yang akan mendengar? Bukannya tidak berani bersuara, tapi sudah terbiasa diremehkan.
Ayah, ibu, andai saja kalian tahu, aku hanya ingin didengar. Aku hanya ingin merasakan suasana rumah yang hangat. Aku hanya ingin memiliki gambar keluarga kita terpampang di rumah. Namun, rumah seharusnya jadi tempat yang nyaman untuk pulang, malah terasing untukku. Tidak ada yang mahu mendengarku. Tidak ada yang menemaniku ketika aku membesar. Aku sendirian.
Aku memang tidak begitu bermakna, ya?
Sampai semudah itu dilupakan?
Jika kekuasaan ialah permainan, godaan ialah senjata paling kotor yang pernah dicipta. Ia tidak menjerit, tidak mengugut. Ia masuk perlahan, mematikan pertahanan lawan dari dalam.
Manusia secara fitrah degil dan suka melawan. Semakin kita memaksa, semakin mereka menentang. Jalan pintasnya bukan dengan kekerasan, tetapi dengan menyentuh titik paling lemah dalam diri mereka, iaitu nafsu terhadap kesenangan dan ketagihan kepada rasa seronok. Sentuh bahagian itu, dan orang yang paling waras pun sanggup menggadaikan prinsip sendiri.
Dalam buku ini, Robert Greene, penulis di sebalik The 48 Laws of Power dan 33 Strategies of War, sekali lagi membongkar hukum permainan yang tidak mengenal moral. Beliau menunjukkan cara melemparkan pesona, mencairkan pertahanan musuh dan akhirnya memaksa sasaran sujud tanpa sedar bila mereka mula hilang kawalan.
Ini bukan panduan menjadi romantik. Ini manual menggunakan godaan sebagai alat kekuasaan. Jika anda tidak mahu dikawal, anda perlu tahu bagaimana orang lain sedang belajar mengawal anda.
Ada magik!
"Misi kali ini: BASIKAL IMPIAN!
Tapi... duit tidak cukup lagi!
Peluang akhirnya datang untuk mengumpulkan wang. Namun, perlu bekerjasama dengan Alif? Oh, saya tidak sanggup dan tidak sudi!"
Mampukah Jimi meneruskan usaha demi impian memiliki basikal idaman?
Sakinah: Meraih Tenang di Antara Waktu
oleh
Meraih Tenang di Antara Waktu
Tenang bukan bermaksud hilangnya ribut, tetapi teguhnya hati saat badai melanda.
Di antara detik yang berlalu, Allah mengajarkan sabar. Di antara nikmat yang hadir, Allah menumbuhkan syukur. Mari bersama kita berhenti sejenak; mentadabbur ayat-ayat cinta-Nya tentang ujian yang mendewasakan, dan nikmat yang sering terlepas pandang.
Kerana melalui sabar, hati belajar bertahan. Melalui syukur, hati belajar menerima. Dan di antara keduanya, lahirlah Sakinah; ketenangan yang menetap abadi, bukan sekadar singgah di hati.
Koleksi Zine PTS membawakan catatan tadabbur kalam Tuhan yang memberi makna dalam hidup.
Zine ini ditulis sebagai teman setia dalam menempuh perjalanan hidup yang kian mencabar. Semoga setiap helaiannya melakar perjalanan spiritual yang memurnikan hati, seterusnya memandu kita meraih Sakinah yang sekian lama dicari.
Biar sabar menjadi langkah, dan syukur menjadi nafas.
Di sebuah sekolah terpencil di Baling, Kedah, sekumpulan pelajar bermasalah tingkatan lima dihimpunkan dalam satu kem motivasi khas. Cikgu Luth, seorang guru muda, bertekad membantu mereka berubah dan memperbaiki masa depan masing-masing. Namun, kem tersebut bermula dengan kejanggalan apabila kem komandan yang dijangka hadir gagal dikesan, disusuli panggilan misteri yang menimbulkan persoalan.
Tidak lama kemudian, suasana di sekolah itu berubah menjadi semakin tegang. Cerita lama tentang kawasan yang dikaitkan dengan perkara mistik mula diperkatakan, sementara tingkah laku pelajar menjadi semakin sukar dikawal. Konflik antara mereka juga semakin memuncak, seolah-olah ada sesuatu yang mendorong sisi gelap dalam diri masing-masing.
Dalam keadaan yang semakin tidak menentu, Cikgu Luth terpaksa berdepan persoalan yang meragukan keyakinannya sendiri – adakah semua ini sekadar kebetulan, atau benar-benar ada sesuatu yang sedang mengintai di sebalik kem tersebut?
* * * * *
Kisah yang berlaku dalam buku ini mungkin pernah benar-benar berlaku terhadap kawan kepada kawan kita, atau sepupu kepada kawan kepada kawan kita. Yakinlah, alam ghaib itu wujud. Ia sentiasa menjadi misteri kepada kita, dan rahsia kepada orang-orang yang dianugerahkan Tuhan untuk melihatnya.
‘Isyq, diertikan cinta yang meluap. Satu kata yang berasal daripada akar kata ‘ashiqa, yang merujuk kepada sejenis pokok menjalar yang melilit pohon lain sehingga pohon itu kering dan mati. Bukankah banyak peristiwa di sekeliling kita tentang mereka yang dimakan oleh cinta yang salah?
Ketika Majnun melontarkan definisi bagi kata cinta, katanya, “Cinta adalah api yang membakar segala-galanya kecuali kehendak Sang Kekasih. Aku rela menjadi debu, asalkan debu itu berterbangan di bawah tapak kaki Layla.” Disebabkan oleh cinta, Majnun diabadikan riwayatnya sebagai “orang gila”.
Ibnu Taymiyah, seorang ulama yang sering dikenal sebagai tegas, namun menuliskan satu hakikat tentang cinta yang tak pernah mati, cinta kepada Tuhan. Cinta yang diluruskan semula definisinya agar kita tidak dikenang sebagai ‘Majnun’ pada hujung hayat. Karya ini merupakan terjemahan kitab Qa‘idah fi al-Mahabbah.
Demi melindungi Qalif daripada mengaktifkan kuasa Kuara yang diburu, Dai dan Jebat tampil ke depan untuk bertarung. Namun, setelah berhempas-pulas sepenuh tenaga, kedua-duanya tetap tumpas di tangan musuh. Pada saat genting ketika nyawa mereka berdua di hujung tanduk, atuk abah muncul bersama rakan-rakannya.
Mampukah sekumpulan warga emas ini bertempur dan menundukkan musuh misteri yang luar biasa hebat itu?
Syabil tidak pernah merasa tertarik untuk bermain Somniverse, sebuah permainan MMORPG maya yang dimainkan dengan menggunakan Axonet — sebuah nanocip yang tertanam pada otak — walaupun sudah banyak kali dipujuk rakannya, Rifqi.
Namun, apabila pengumuman daripada developer Somniverse yang mengatakan pemain yang kalah dalam permainan, akan kehilangan nyawa di dunia realiti, Syabil terpaksa juga masuk ke dalam Somniverse untuk menyelamatkan adiknya, Danish, yang terperangkap di dalam dunia maya itu.
Dengan bantuan Rifqi, Syabil perlu menyelesaikan segala misi serta melawan segala phantom, dan dalam masa yang sama mencari adiknya, walaupun hubungan mereka berdua dingin sejak terjadinya satu peristiwa tragis yang melibatkan keluarga mereka.
Dapatkah Syabil menjumpai Danish? Dan dapatkah mereka semua keluar daripada dunia Somniverse dengan selamat, atau mereka akan kekal terperangkap di dalamnya?
At the Creature Keepers coffee shop, everything thrives on routine.
Marla runs the coffee shop with the help of her creatures. Each item on the menu treats various illnesses, and it is up to Marla to ensure that everything is perfect every day. Even when she is slowly breaking on the inside, and no one notices.
Bakti is the grandson of a clockmaker from the city of Sri Perak. When his creature suddenly stops time with a single sneeze, Bakti is forced to find a healer that he can afford.
What happens when Bakti’s genuine need for help unearths memories long buried? Will the Creature Keepers survive the chaos that unfolds, or will the mask Marla struggles to keep on finally break, allowing her friends to see past her pretenses for the first time?
Demi kedai Wagashi keluarga, Nia nekad bertanding di lstana Liore. Namun, kemenangan manisnya bertukar pahit apabila dia dikhianati dan dipenjarakan.
Munculnya Ren sebagai penyelamat membawa mereka melarikan diri ke dalam Hutan Sihir Liore - kawasan larangan yang tidak pernah melepaskan sesiapa keluar. Di sana, rahsia gelap kerajaan mula terbongkar.
Mampukah Nia dan Ren keluar hidup-hidup untuk menuntut keadilan, atau adakah mereka akan kekal hilang bersama kebenaran yang tersembunyi?
“DIA BUKAN PEMANGSA YANG MAKAN DAGING. DIA HANYA SEDUT DARAH KAU SAMPAI KERING KONTANG.”
Inspektor Farid menyiasat kes kehilangan dan kematian mangsa yang ditemui tanpa darah, dipercayai berkait dengan vampire. Pada masa yang sama, Kelab Detektif Vampire telah diharamkan oleh pihak sekolah daripada menerima sebarang kes. Namun, Dalilah datang meminta bantuan mereka untuk menyiasat kumpulan muzik terkenal, Alpha, serta kehilangan dua sahabatnya.
Anaqi dan rakan-rakannya mula mengesyaki band yang turut dianggotai adik Dalilah ada kaitan dengan kes kehilangan dan kematian misteri, terutama apabila mangsa-mangsa terdiri daripada peminat mereka. Walaupun berdepan bahaya, Kelab Detektif Vampire terus menyiasat sehingga mereka berdepan musuh yang jauh lebih menggerunkan.
Dalam masa yang sama, rahsia organisasi E.D.E.N mula terbongkar sedikit demi sedikit, termasuk misteri kematian ayah Hafiy serta ibu bapa Anaqi. Kini, Kelab Detektif Vampire semakin hampir kepada petunjuk terakhir yang boleh merungkai segalanya.
Barangkali banyak hal yang kamu fikirkan akhir-akhir ini. Banyak perkara pula terjadi di luar kawalan. Dan ke depannya, masih akan ada banyak situasi yang harus kamu hadapi sendiri.
Tapi yang tenang, ya …
Aku akan menemanimu melalui buku ini. Buku yang akan menggenggam dirimu dengan erat dan hangat. Barangkali sampai kamu tidak lagi merasa takut atau risau. Semoga buku ini sentiasa menemanimu sampai pada waktu yang tidak dapat ditentukan.
Tenang, semua akan berlalu …
Dirimu adalah rumah pertama yang sepatutnya menjadi tempat untuk beristirahat dengan nyaman dan tenang. Maka, setiap perjalanan kehidupan perlu dihadapi dengan berani.
Jadilah rumah yang ramah untuk dirimu sendiri, jadilah atap yang melindungi diri daripada masalah yang datang bertubi-tubi, jadilah tiang-tiang yang kuat ketika dihempas badai kehidupan. Kamu juga harus boleh menjadi ruang yang hangat untuk dirimu sendiri dan banyak jiwa yang kamu sayangi.
Kepada diri sendiri,
Mari menjadi baik untuk segala yang ditemui.
Yan failed to stop Moh, leaving Sakti City in ruins. Lyn, a witch suffering from Glaucoma, lost her family because of her and now seeks revenge on her former teacher.
Meanwhile, Embun has learned a harsh truth: no matter how much she trains, her new condition prevents her from mastering magic.
Yan tries to become a better teacher, but her past blunders remain unforgivable. Her nephew Sih refuses to communicate with her, a rift deepened by the recent battle.
Will Yan find it in herself to forgive? Why does Sih avoid his aunt despite her efforts? Can Embun overcome the impossible barriers blocking her journey? Will Lyn succeed in her quest for revenge?
Dalam setiap titisan air mata seorang hamba, tersembunyi kisah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Ada getir ujian, redha yang menenangkan, dan beningnya kerinduan kepada Tuhan Yang Maha Mengasihi. Namun, ada juga air mata yang lebih dalam maknanya iaitu air mata taubat. Tangisan seorang hamba yang kembali setelah lama tersasar, yang luluh hatinya saat menyedari dosa, lalu merayu keampunan dengan penuh harap dan takut.
Berdasarkan karya agung Ar-Riqqah wa al-Buka’ tulisan Ibnu Qudamah al-Maqdisi, buku ini menghimpunkan kisah-kisah yang menggetarkan jiwa daripada para Nabi dan Rasul, para sahabat, tabi'in, hingga orang-orang soleh yang basah dengan tangisan kerana sentiasa melazimi taubat dan hati mereka hidup dengan iman.
Setiap kisah mengajarkan bahawa tangisan bukan tanda lemahnya jiwa, tetapi bukti bahawa hati masih hidup dan belum terputus daripada rahmat-Nya. Ia juga mengingatkan kita bahawa pintu taubat sentiasa terbuka, dan Tuhan sentiasa dekat, menunggu kita kembali dengan hati yang jernih, utuh, dan penuh pengharapan.
Buku ini adalah undangan lembut untuk menyucikan hati, menilai kembali perjalanan diri, dan merasai manisnya taubat sebelum tiba saat air mata tidak lagi mampu menebus waktu yang telah berlalu.
"Komik yang mesti dimiliki oleh gamer dan peminat game! Padat dengan maklumat berkaitan evolusi dunia permainan video dari dahulu hingga kini. Pengkaryanya bijak menyelitkan unsur nasihat serta nilai-nilai murni dalam penceritaan, seterusnya berjaya menyuntik emosi dengan rasa teruja dan ingin tahu. Saya sendiri berasa sebak mengimbau kenangan lalu bersama teman-teman sepermainan. Saya yakin komik ini mampu menarik minat pelajar sekolah dan golongan dewasa kerana kebanyakan masyarakat kini ramai yang bermain game. GAME ON!"
MOHAMAD FAZARUL ZAKI (BUDAK KARTUN)
Guru Pendidikan Seni Visual, SMK Dato' Mustaffa, Sekinchan
Tomato itu buah ataupun sayur?
Itulah antara soalan yang saya tanya kepada cikgu di dalam kelas. Disebabkan saya banyak soal, cikgu menganggap saya suka buat bising dan mengganggu pelajar-pelajar yang lain.
Akibat sering tidak fokus, markah ujian saya agak rendah dan mengecewakan. Hasilnya, mama tidak benarkan saya keluar bermain pada waktu petang.
Pada satu hari, ketika sedang makan seorang diri pada waktu rehat di belakang sekolah, tiba-tiba saya terdengar bunyi tangisan misteri di sebalik stor yang usang. Didorong rasa ingin tahu, saya cuba menyiasat. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati pemilik suara itu ialah…
... sebiji tomato!
Biar betul? Apakah tomato ini sebenarnya? Mengapa ia boleh bersuara? Ini sesuatu yang lain, bukan lagi sekadar buah mahupun sayur!
Membongkar Alam Kimia Ghaib: Bagaimana Gas Tidak Bertoksik Meracun?
oleh
Membongkar Alam Kimia Ghaib
Kenapa nyalaan lilin boleh memancarkan warna berbeza-beza? Mengapa minyak masak terpakai tidak boleh digunakan semula? Bagaimana putih telur berubah menjadi keras selepas dimasak? Dan apakah beza antara yogurt dan susu? Mari sertai Danish, Ryan, dan Lucy bersama Cikgu Daniel meneroka dunia kimia yang penuh keajaiban. Dari eksperimen harian hingga fenomena pelik yang menakjubkan, setiap halaman dipenuhi fakta menarik dan penemuan yang pasti membuat pembaca terpesona dengan kehebatan fenomena kimia yang berlaku.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Perubahan Bahan dan Reaksi Kimia: Bagaimana bahan berubah apabila dikenakan haba atau dicampur dengan bahan lain, contohnya bagaimana putih telur berubah menjadi keras apabila dimasak dan bagaimana yogurt berbeza daripada susu dari segi proses kimia.
Sifat dan Kegunaan Bahan Harian: Menjelajah fenomena pelik dalam fizik, contohnya adakah jarum benar-benar mampu menembusi kaca, dan memahami prinsip di sebalik eksperimen tersebut.
Fenomena Kimia Dalam Kehidupan Seharian: Menunjukkan bagaimana proses kimia berlaku dalam makanan, minuman, dan bahan lain, supaya pembaca memahami kaitan antara teori kimia dan kehidupan seharian.
Membongkar Kuasa Magis Fizik: Bagaimana Jarum Menembusi Kaca
oleh
Membongkar Kuasa Magis Fizik
Pernah terfikir bagaimana perahu layar boleh melawan arah angin? Bagaimana seseorang boleh meluncur dengan licin di atas ais? Atau adakah jarum benar-benar mampu menembusi kaca? Ikuti Danish, Ryan, dan Lucy bersama Cikgu Daniel menjelajah dunia fizik yang penuh keajaiban dan eksperimen seru. Dari daya dan gerakan, hingga fenomena pelik yang menguji akal, setiap eksperimen mendedahkan rahsia menakjubkan yang pasti membuat pembaca kagum dengan kehebatan fizik di sekeliling kita.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Daya dan Gerakan: Mengenali konsep asas daya, seperti bagaimana perahu layar boleh bergerak walaupun angin bertiup dari arah yang berlawanan, dan bagaimana daya mempengaruhi kelajuan dan arah objek.
Fenomena Aneh dan Eksperimen yang Menarik: Menjelajah fenomena pelik dalam fizik, contohnya adakah jarum benar-benar mampu menembusi kaca, dan memahami prinsip di sebalik eksperimen tersebut.
Penggunaan Fizik dalam Kehidupan: Menunjukkan bagaimana prinsip fizik diaplikasikan dalam sukan, pengangkutan, permainan, dan teknologi harian, agar pembaca melihat kaitan antara teori dan amalan.
Misteri Planet Biru: Adakah Angin Adalah Nafas Bumi?
oleh
Misteri Planet Biru
Pernahkah terfikir kenapa air paip tidak sesuai untuk ikan emas? Mengapa hujan kadang kala menjadi berasid? Bagaimana sungai yang jernih boleh tiba-tiba kotor dan berbau? Atau mengapa sumber air semakin berkurangan? Saksikan Danish, Ryan, dan Lucy bersama Cikgu Daniel menyusuri rahsia Bumi sambil menyingkap fenomena alam yang menakjubkan dan belajar bagaimana setiap tindakan kita memberi kesan kepada planet ini. Setiap halaman penuh fakta mengejutkan dan penemuan seru yang membuka mata tentang keajaiban dunia semula jadi.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Kualiti Air dan Hidupan Akuatik: Mempelajari kualiti air menggunakan kit ujian pH dan membandingkan kesan air dari pelbagai sumber terhadap tumbuhan atau model hidupan akuatik.
Pencemaran Sungai dan Alam Sekitar: Mengkaji bagaimana sungai yang jernih boleh tiba-tiba kotor dan berbau akibat sisa domestik, industri, atau pertanian, serta bagaimana pencemaran ini memberi kesan kepada ekosistem.
Sumber Air dan Kelestarian: Menunjukkan bagaimana sumber air semakin berkurangan akibat penggunaan berlebihan dan perubahan iklim, serta kepentingan menjaga alam sekitar untuk kelangsungan hidup manusia dan hidupan lain.
Rahsia Kilang Badan Terbongkar: Adakah Semua Sel dalam Badan Manusia Serupa?
oleh
Rahsia Kilang Badan Terbongkar
Kenapa manusia menangis? Dari mana asalnya kahak? Berapa banyak set gigi yang kita miliki sepanjang hidup? Dan kenapa jari-jari kita tidak sama panjang? Ikuti Danish, Ryan, dan Lucy bersama Cikgu Daniel meneroka dunia menakjubkan tubuh manusia dalam buku ini, di mana setiap organ, sistem badan, dan keunikan anggota tubuh dijelaskan dengan cara yang menyeronokkan, mudah difahami, dan penuh penemuan yang menarik.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Penerokaan Rahsia Tubuh Manusia: Dapat mengenali dan memahami proses yang berlaku dalam tubuh manusia dengan penerangan yang jelas dan menarik.
Peranan Teknologi dalam Dunia Perubatan: Mengetahui kepentingan ilmu dan teknologi perubatan dalam membantu manusia meneliti serta memahami struktur dalaman badan.
Keistimewaan Struktur dan Fungsi Anggota: Setiap anggota badan mempunyai peranan tertentu, termasuk perbezaan panjang jari yang menyokong pergerakan dan kecekapan mencengkam.
Eksplorasi Alam Hijau Ulung: Mengapa Sesetengah Bunga Suka Mengejar Matahari?
oleh
Ekspolorasi Alam Hijau Ulung
Kenapa pokok kelapa condong ke arah laut? Adakah cendawan yang cantik itu berbahaya dan bagaimana pokok tin berbunga? Jelajahi dunia tumbuhan dan hutan yang penuh keajaiban bersama Danish, Ryan, dan Lucy serta Cikgu Daniel. Setiap bab menyimpan fakta menakjubkan dan penemuan seru tentang rahsia pokok, bunga, dan keunikan tumbuhan yang pasti membuat pembaca kagum dengan keindahan alam flora.
Antara topik STEM dalam buku ini:
Pertumbuhan dan Arah Tumbuhan: Cara tumbuhan menyesuaikan diri untuk mendapatkan cahaya matahari serta ruang pertumbuhan yang optimum.
Keunikan Flora dan Alam Sekitar: Bagaimana pokok berbunga dan proses pembiakan tumbuhan melalui bunga, biji, dan buah.
Pembiakan Tumbuhan: Menunjukkan bagaimana sumber air semakin berkurangan akibat penggunaan berlebihan dan perubahan iklim, serta kepentingan menjaga alam sekitar untuk kelangsungan hidup manusia dan hidupan lain.


