Pekan Kirana di Kerajaan Loba ialah sebuah pekan untuk anak-anak remaja. Di sana, mereka hanya hidup untuk bekerja di kilang-kilang yang memproses pil-pil muda. ย
Dalila tidak menyangka akan bertemu Tuan Malan Loba. Pemerintah Kerajaan Loba yang zalim itu memberinya peluang merawat anaknya, Kai yang terkena penyakit misteri. ย
Dalila bersetuju. Akhirnya dia dapat melakukan perkerjaan turun-temurun keluarganya - membuat aiskrim. lni kerana ย penawar penyakit misteri Kai hanya ada pada semangkuk aiskrim magis. Ia bukan sembarangan aiskrim. Bahan-bahannya sukar ditemui. Namun, jikalau gagal, dia akan mengorbankan nasib penduduk Kerajaan Loba. ย
Tiada yang menyangka, aiskrim itu jugalah yang mengubah nasib Kerajaan Loba selama-lamanya.
Harga
RM 12
Saiz
5x7.5
Mukasurat
152
Tarikh Terbit
Aug 2024
ISBN
978-967-369-870-7


