
oleh
Harga
RM 40
Saiz
5.5x8.2
Mukasurat
400
Tarikh Terbit
Jan 2025
ISBN
978-967-369-915-5
Siri
Di sebuah kota misteri yang tersembunyi, wujud sebuah kedai yang begitu unik, menjual segala jenis mimpi kepada mereka yang datang. Kedai ini bukanlah tempat biasa, malah ia menyimpan rahsia yang hanya diketahui oleh mereka yang berani mengunjunginya.
Hari berganti malam, pengunjung yang datang tidak kira manusia mahupun haiwan, semuanya berbaris dalam pakaian tidur mereka, menanti giliran untuk membeli sebuah pengembaraan baharu. Setiap tingkat di kedai ini menjual pelbagai jenis mimpi; ada yang membawa kita mengenang zaman kanak-kanak, mengingatkan perjalanan yang telah kita lalui, santapan enak yang pernah dinikmati, bahkan ada juga yang lebih gelap — mimpi-mimpi buruk serta igauan yang lebih misteri.
Di Dallergut: Kompleks Pedagang Mimpi, kita bertemu dengan Penny, seorang pekerja baharu yang penuh dengan rasa ingin tahu. Ada juga Dallergut, pemilik kedai yang segak bergaya, serta Aganap Coco, tukang mimpi luar biasa. Tidak ketinggalan Vigo Myers, pekerja di bahagian misteri, yang sering dihiasi dengan teka-teki dunia yang tidak terungkap. Selain mereka, ada juga pelanggan-pelanggan aneh yang sering datang, setiap satu daripada mereka membawa cerita lucu dan pelik yang turut mewarnai kedai ini.
Namun, ketika salah satu mimpi yang paling diidam-idamkan dan paling mahal hilang pada minggu pertama Penny bekerja, kita akan mengikuti jejak langkahnya, bersama-sama menyelami dunia yang penuh dengan keajaiban dan teka-teki yang menunggu untuk dipecahkan.
Ini adalah buku pertama dalam sebuah duologi yang terlaris, dikhaskan buat mereka yang penat dengan rutin hidup dan mencari kelainan di dalam dunia yang penuh dengan mimpi dan keajaiban.